Найти тему
Ади Шакти

WAHYU TUHAN YANG MAHA ESA AVATARA SRI SATYA SAI BABA

Kedatangan Sri Sathya Sai Baba pada masa kini merupakan permulaan Zaman Baru untuk manusia dan penyimpulan kepada semua penjelmaan tuhan yang datang sebelum-Nya di dunia. Penjelmaan-Nya adalah penjelmaan tuhan bagi alam semesta yang sebelumnya ialah Buddha, Nabi Isa dan Nabi yang lain ke bumi dan Allah, yang disembah oleh penganut Islam sebagai Tuhan, yang mana turut disembah oleh agama lain, walaupun berbeza panggilannya. Tetapi manusia, sibuk dengan perihal mereka sendiri, tanpa tidak menghiraukan kedatangan-Nya. Melainkan umat manusia mengakui kenyataan ini dan kepentingan kedatangan Sri Sathya Sai Baba, seluruh dunia akan menempuh ujian, sehinggalah manusia menyedari makna penjelmaan Tuhan ini. Ini adalah kerana manusia hanya akan faham makna kehidupan melalui ujian yang sukar.

WAHYU TUHAN YANG MAHA ESA AVATARA SRI SATYA SAI BABA

Si penganut bertanya Sai Baba: “Sai Baba, orang ramai terlalu risau mengenai masa depan. Mereka merasakan bahawa dunia tentu akan menghadapi perubahan yang besar dan kebanyakan penduduk akan dihapuskan.”

Sai Baba bersabda: “Akan terdapat perubahan zahir dan batin. Perubahan ini adalah perubahan mendadak dan berskala besar. Tetapi hanya manusia yang beriman akan dilindungi.

Kebaikan akan tersebar dan hanya segelintir manusia yang mungkin akan diberikan kesempatan untuk memahami makna perubahan ini dan kedatangan Sri Sathya Sai Baba, dan mereka yang masih belum mendapat pengajaran dari peristiwa ini, akan melalui pengajaran dan ujian yang sukar.

Apabila musim berganti, hanya pokok yang mampu berubah mengikut musim akan terus kembang, yang lainnya akan musnah.

Itulah sebabnya Sai Baba ingin meningkatkan kesedaran kamu semua, kerana dunia baru adalah berbeza sepenuhnya dengan dunia masa kini.

Manusia yang tidak berusaha untuk menjadi manusia budiman, manusia yang beriman dan berusaha untuk mematuhi suruhan Tuhan dalam kehidupan mereka, tidak akan dapat masuk ke dalam Zaman Keemasan. Mereka perlu meninggalkan dunia ini abgi memberikan laluan kepada manusia yang lain. Dan peristiwa ini tentu akan terjadi.

Peristiwa ini boleh terjadi dengan pelbagai cara: melalui bencana alam, perubahan iklim, peperangan atau perselisihan antara manusia dan bangsa, pergolakan politik. Tetapi Sai Baba pasti bahawa manusia yang berusaha untuk menjadi manusia budiman yang baik hati dan manusia yang boleh menjalani hidup dengan keimanan di tengah-tengah keadaan huru-hara dan krisis, dimana mereka akan dilindungi oleh keimanan.

Adalah tidak benar untuk menyamakan Zaman Keemasan bererti Keabadian. Manusia meninggal dunia adalah kerana kematian adalah satu bahagian dari kitaran kehidupan. Tetapi yang tentu akan terjadi, hanya manusia yang menjalani hidup dengan keimanan dan benar akan tinggal pada Zaman Keemasan.”

Sai Baba bersabda juga, bahawa tidak lama lagi seluruh dunia dan manusia akan nampak sangat berbeza. Jika manusia memandang balik ke masa lampau dari Dunia Baru, mustahil manusia percaya bahawa mereka tinggal di dunia yang sama.

Hari ini di mana-mana sahaja kita dapat melihat peperangan, perselisihan dan pergolakan politik; penjajahan kewangan; penguasaan yang wujud baik di dalam negara mahupun tidak. Dimana-mana sahaja kita dapat menyaksikan percanggahan agama. Dan semakin lama semakin banyak peristiwa ini terjadi. Walaupun sepatutnya manusia menjadi lebih bijaksana, namun, manusia masih bermusuhan dan berfikiran sempit. Ternyata, kita tidak boleh berpura-pura bahawa keadaan ini tidak terjadi, bahkan berfikir bahawa hal ini akan diakhiri dengan diri sendiri. Inilah kenyataannya dunia masa kini.

Tetapi Sai Baba bersabda, tidak lama lagi manusia tidak akan mengenali dunia masa ini apabila manusia memandang kembali ke masa lepas dari dunia baru: “Setiap manusia akan menjadi Brahma Jnani iaitu manusia yang menyedari Tuhan; menjadi Atma Jnani iaitu manusia yang menyedari Roh Kudus atau Roh Suci”. Inilah masa depan yang akan manusia hadapi.

Pertanyaan: “Jadi bagaimana perubahan ini akan terjadi dalam tempoh masa yang pendek, selama beberapa dekat sahaja? Tentulah peristiwa ini akan terjadi secara mendadak. Peristiwa ini tidak boleh terjadi secara beransur-ansur.”

Sai Baba bersabda: “Untuk mengubah seluruh dunia, untuk menjadi Brahma Jnani iaitu manusia yang menyedari Tuhan; menjadi Atma Jnani iaitu manusia yang menyadari Roh Kudus atau Roh Suci,atau manusia soleh yang mematuhi Suruhan Tuhan, perubahan perlu terjadi secara pantas dan mendadak. Dan manusia yang tidak bersedia sudah tentu tidak boleh menghadapi perubahan ini. Kerana itu Sai Baba sentiasa bersabda kepada kamu semua: JADILAH MANUSIA YANG BAIK HATI...LAKUKAN YANG BAIK!”

Pertanyaan: “Beberapa orang mengatakan bahawa banyak percanggahan meledak antara banyak kumpulan disebabkan oleh Ego.”

Sai Baba melihat pada peminta dan bersabda: “Apa yang Sai Baba boleh lakukan? Sai Baba boleh memberi nasihat sahaja! Manusia perlu memutuskan sama ada untuk memenuhi nasihat ini atau tidak.”

Tuhan tidak akan masuk ke dalam pemikiran manusia dan mengubah fikiran manusia. Tuhan hanya akan memberi nasihat seperti doktor pakar. Inilah ubat. Inilah diet. PATUHILAH SURUHAN TUHAN PADA MASA YANG BETUL DAN DENGAN ITU KAMU AKAN BAIK-BAIK SAHAJA.

Tetapi, kalau kamu mengendahkan suruhan Tuhan, janganlah kamu bertanya kepada Tuhan kenapa kamu mesti meninggal dunia, walaupun kamu adalah pengikut Sai Baba. Peristiwa ini boleh terjadi hanya kerana kamu belum memenuhi suruhan Sai Baba. Demikian juga jika seluruh manusia di dunia belum memenuhi Suruhan Sai Baba – iaitu untuk tidak mementingkan diri dan sentiasa menjalani hidup yang soleh, manusia di dunia tidak berhak menyatakan bahawa Tuhan melakukan sesuatu kurang adil; bahawa Tuhan memperlakukan mereka seperti manusia biasa yang lebih rendah daripada Tuhan; bahawa Tuhan tidak melindungi mereka.

Sai Baba adalah saksi yang tidak berat sebelah. Selama jutaan tahun dunia dan manusia menyaksikan banyak peperangan dan bencana. Tetapi Tuhan sentiasa mengamatinya.

Sai Baba adalah guru penyayang yang datang kepada kita pada masa perubahan ini dan memberi nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dihindari. Di dunia baru, kebanyakan manusia akan menjalani hidup yang soleh. Mereka tidak lagi akan mementingkan diri dan berfikiran sempit. Mereka akan menyaksikan dunia dan manusia sebagai sekeluarga dan akan menjadi manusia penyayang dan sedia membantu. Mereka bersedia untuk bergerak ke peringkat kesedaran yang berikutnya dan yang paling tinggi. Sementara itu, manusia yang masih belum sedar dan masih mementingkan diri sendiri tidak boleh masuk ke dunia baru.

Inilah misi dan tugas penjelmaan Tuhan yang berikutnya – Prema Sai. Sai Baba bersabda bahawa tugas dan kedatangan Prema Sai Baba akan menyimpulkan semua tugas dan kedatangan Sai Baba. Penjelmaan-penjelmaan ini terdiri daripada tiga peringkat. Peringkat terakhir adalah peringkat yang paling bertenaga dan pantas. Penjelmaan Tuhan pertama – Shirdi Baba – memulakan penjelmaan pertama dan bersabda tentang perpaduan semua agama. Sathya Sai Baba mengamalkan pesanan Shirdi Baba dan menuntut kedamaian. Dan Prema Sai Baba, iaitu penjelmaan Tuhan yang paling singkat, merupakan peringkat yang paling pantas, yang akan mengakhiri penjelmaan Tuhan ini. Perubahan ini akan terjadi secara mendadak dan menyeluruh.

Prema Sai adalah ibunda kita, iaitu Tuhan Maha Pengasih yang Rahim. Prema Sai ialah daya alam semula jadi yang digambarkan sebagai sebahagian tenaga Tuhan Shiva yang terkenal sebagai Shakti atau Prakriti. Kerana itu Prema Sai akan mengubah alam semesta untuk memulihkan keseimbangan yang terganggu oleh manusia.

Alam semula jadi (Prakriti) akan lahir dan batin mesti berubah dan dibersihkan. Manusia yang bersedia, akan naik ke peringkat Kesedaran yang lebih tinggi. Manusia yang lain akan menyaksikan kejatuhan dan kemusnahan mereka sendiri secara senyap-senyap. Tambahan pula segelintir manusia di antara mereka tidak ada peluang untuk menyedari bahawa mereka memusnahkan diri sendiri.

Dekad berikutnya akan membawa ujian yang paling besar dan sukar kepada kita semua yang mana akan membawa kita ke Syurga melalui perubahan Soleh dan Suci yang mengagumkan dan menakjubkan untuk kita semua!

#SaiBaba #Avatar #ZamanKeemasan #PeralihanKuantum #Transformasi #WahyuTuhan