Manifestasi tenaga Tuhan sentiasa tidak dapat diramalkan dan pelbagai-bagai selalu. Kisah ini menggambarkan manifestasi mistik tenaga Tuhan bermula di tempat yang kurang dikenali di India - di Muddenahalli. Apabila Tuhan memutuskan untuk menguji pengabdian dan iman para penyembahnya dalam cita-cita tertinggi, Dia menunjukkan dirinya dalam pelbagai cara untuk tujuan ini. Cerita ini bakal berlanjut... Kata terakhir Avatar Sri Sathya Sai Baba belum diumumkan. Seluruh Dunia menantikan halaman Rancangan Tuhan yang terakhir.
02.02.2020
Pukul 22.22 (MSK)
Tidak ada Siapa pun, atau Apa pun yang boleh mengubah Laluan Sejarah Avatara, Purnaavatara yang menjelma Diri pada Zaman Kaliyuga. Alaf tadi adalah Zaman Penjelmaan-Nya. Alaf ini sejak 02.02.2020 sampai 03.03.3030 adalah Zaman Perarakan Avatara Sri Sathya Sai Baba di seluruh Alam Semesta, Perarakan Indah dan gemilang.
Proses transformasi ini telah bermula. Dunia mendahagai perubahan ini. Beribu-ribu manusia berkali-kali datang ke Dunia dan berdoa untuk berjumpa dengan Pencipta Alam Semesta Sendiri. Mereka mengorbankan rahmat-rahmat duniawi dan nyawa peribadi mereka agar pertemuan itu terjadi. Beberapa manusia sahaja diberikan peluang khas yang menghairankan ini untuk memahami langkah yang satu-satunya dan istimewa dalam sejarah manusia – TUHAN PENCIPTA ALAM SEMESTA SENDIRI MENJELMA DIRI DI DUNIA!!! Tuhan menjelma Diri untuk mengetuai bangsa baru – bangsa Manusia.
Tuhan Pencipta Sendiri memilih dan mempersiapkan “Pasukan-Nya” dengan teliti. Pasukan jiwa yang boleh menujukan Kehidupan mereka supaya melayan Tuhan. Inilah mereka yang adalah Jiwa agung yang pernah menyesuaikan dan masih menyesuaikan kehidupan mereka sesuai dengan Rencana Tuhan dan mempertunjukkan kesatuan mereka dengan Tuhan kepada seluruh Dunia melalui contoh pelayanan Cinta mereka kepada Tuhan. Mereka bersifat kesucian dan kesempurnaan, kesolehan dan kejujuran, ketabahan dan keberanian, keteguhan semangat dan keazaman, Kuasa dan Keteguhan yang sama dengan Tuhan.
Tahun 2013. Mac. India. Puttaparthi.
Apabila aku bangun aku menerima panduan untuk membeli sari bermutu tinggi yang dihiaskan dengan emas. Mana-mana panduan harus ditunaikan dengan segera – tanpa pertimbangan dan penangguhan.
Di kedai Ashram, seluruh rupanya penjual mempertunjukan aku bahawa dia tidak mahu bergaul dengan aku. Dia memberitahu aku bahawa mereka tidak punya sari semacam aku cari di kedai.
Lawatan ke kedai Sai Super Bazar tidak berhasil juga. Penjual tidak seronok untuk mengambil bungkusan sari. Dia tidak mahu mempertunjikkan mereka kepada aku. Ternyata, semua itu bukan sesuatu yang aku perlu pada waktu itu.
Pada pagi selanjutnya aku melawat ke kedai Ashram sekali lagi. Penjual, yang memberitahu aku bahawa tidak ada apa-apa pada hari sebelumnya, mendekati aku sendiri apabila nampak aku. Dia mengatakan bahawa mereka telah menerima sari yang tadi aku cari di kedai itu. Sari itu sangat cantik dan bermutu tinggi. Dan aku membelinya dengan segera.
Aku belum dijelaskan alasan mengapa aku harus membeli sari ini.
Sehari kemudian, pada Khamis (semua orang yang mahu menyuanyi Bhajan-bhajan dengan mahasiswa Baba muda biasanya melawat ke Muddenahalli pada hari itu), apabila aku bangun, aku menerima panduan baru, “Bawalah 5 ribu rupiah ke Muddenahalli dan serahkanlahnya kepada Ravi. Dia perlu wang dengan desak. Dan kamu akan berehat di sana.” ???
Kami telah berkenalan dengan Ravi apabila tadi kami melawat ke pusat ini di Mudenahalli. Pada waktu itu aku mencuba memberikan sumbangan, tetapi tidak ada seorang pun yang menerimanya. Mereka menjelaskan bahawa mereka tidak boleh menerima wang tunai, mereka boleh menerima cek sahaja. Aku masuk semua pejabat, bercakap dengan petugas dan tentu sahaja aku berkenalan dengan banyak pegawai dari pentadbiran. Tetapi tidak ada seorang pun yang menerima sumbangan aku. Maka aku pergi ke kedai setempat, membeli coklat kepada 700 anak-anak dan minta Ravi untuk membahagi-bahagikannya di antara anak-anak selepas persembahan Bhajan. Inilah bagaimana kami bertemu dengan Ravi.
Dan pada masa itu aku disuruh untuk memberi 5 ribu rupiah kepada Ravi, walaupun aku mengingat pengalaman, apabila semua orang mengujar bahawa mereka dilanggar untuk menerima wang tunai. Jadi aku menyediakan diri untuk berjalan ke Muddenahalli. Lagipun, aku disuruh untuk bertolak pada pagi. Biasanya, orang boleh masuk wilayah pusat Muddenahalli sebelum persembahan Bhajan petang sahaja. Dan suruhan pada kali itu, “Tolaklah pada pagi, serahkan 5 ribu rupiah dan rehatkanlah di sana.” Kami tidak berfikir tentang apa-apa pun lagi dan naik teksi ke Muddenahalli. Kami pergi bersama dengan seorang perempuan yang bernama Yulia. Dia menyaksikan Permainan Tuhan pada kali itu. Dia telah pernah menyaksikan Permainan Tuhan yang terjadi pada masa silam.
Dan entah kenapa pada hari sebelumnya aku mengundang banyak orang Rusia untuk pergi ke Muddenahalli supaya kami boleh mendengar Bhajan. Yang pelik, ada banyak orang yang bersetuju dengan usul itu. Tetapi semua orang bertolak pada petang. Kami dengan Yulia bertolak pada pagi.
Apabila kami tiba di sana pada pagi, pertama sekali aku mencari Ravi dan berjumpa dengan dia. Aku menjelaskan kepadanya bahawa Swami menyuruh aku berjalan ke Muddenahalli dan menyerahkan 5 ribu rupiah kepada Ravi. Dia sangat gembira dan mengatakan bahawa dia memerlukan wang tepat pada saat itu dan sejumlah itu tepat. Dia hanya tidak tahu dari mana dia boleh mendapatnya. Jadi dia menerimanya dengan seronok. Dia mengatakan aku bahawa aku adalah penghantar utusan Tuhan. Kami bercakap banyak tentang kepentingan Muddenahalli pada masa bakal dan peristiwa yang akan terjadi pada masa hadapan. Aku mengatakan bahawa peristiwa yang penting akan terjadi di sana, bahawa Swami bakal memanifestasikan diri di sana dalam bentuk yang tidak dapat dilihat. Dia tidak boleh membalas apa sahaja kepada aku. Aku bercakap secara yang sangat meyakinkan. Aku ikhlas dengan dia, kerana pendapat aku selalu betul. Aku memegang tangannya dengan kuat-kuat dan memandang matanya.p
Dia mendengar semua. Dia mencadangkan kami rombongan kecil di Ashram diiringi oleh mahasiswa Swami dan selanjutnya kami boleh berehat di rumah tetamu sampai persembahan Bhajan petang.
Mahasiswa itu mengiringi kami di semua tempat, di mana pernah Swami tinggal. Kami melawat ke urus setia pun. Lelaki Hindu dewasa duduk di meja. Dia menunjukkan kami bilik di mana Swami tinggal dan berehat apabila Swami datang di Ashram ini pada perjalanan-Nya ke Mudenahalli pada pertama kali. Kesederhanaan dan bilik Swami menyentuh mata. Betapa rendah hati dan agung Pencipta kita! Saya mengatakan kepada setiausaha di sana bahawa tidak lama lagi kemudian keajaiban Swami akan terjadi di tempat itu. Dia hanya mengangkat bahunya, bermaksud bahawa tidak ada siapa pun yang tahu?! Tetapi dia tidak menafikan gambaran itu.
Selepas kami berehat dengan nyaman di rumah tetamu, kami pergi ke halaman dan menengok banyak murid yang belajar. Warna pakaian mereka jingga. Begitu banyak murid ada di sana dan semua mereka menuju ke Dewan Bhajan. Mereka berjalan secara teratur (tidak seperti di tempat yang lain, semua hal selalu teratur di sana).
Pada waktu itu orang Rusia datang dari Puttaparthi. Ada agak banyak orang Rusia pada hari itu. Semua mereka menuju ke Dewan Bhajan untuk mengikut persembahan Bhajan petang. Dewan berhiaskan meriah. Kami dicadangkan untuk duduk di baris pertama di hadapan kerusi Sai Baba. Pertama-tama Puja dikendalikan dan selanjutnya semua tetamu diberikan pinggan dengan beras dan potret Sai Baba.
Brahmin dan mahasiswa berzikir Gita Puja dan kami mengikut semua yang dilakukan oleh mahasiswa. Selepas itu, Bhajan yang indah dan mengagumkan dinyanyikan dan kami berasa sepertinya kami berada di Syurga, dan artis Syurga menyanyi kepada kami.
Dan apabila Bhajan selesai, aku tunduk ke tempat di mana Swami pernah meletakkan kaki-Nya. Dan pada saat itu aku merasa bahawa sesuatu “memancar” daripada badan aku. Aku merasa perubahan itu dengan badan aku dan akal aku. Apabila aku duduk kembali, Yulia menengok sesuatu perubahan di dalam aku dan bertanya, “Ibu Maheshvari, apakah yang terjadi dengan kamu?” Dia nampak terkejut. Aku membalas bahawa semua baik-baik sahaja. Tetapi aku memisahkan sebahagian daripada diri aku. Aku tidak faham apa yang telah terjadi, tetapi aku berasa bahawa sesuatu terjadi tentu sahaja di sana.
Banyak keajiban terjadi dengan aku (kehidupan aku masih merupakan banjaran peristiwa kebatinan yang mengagumkan) dan aku tahu bahawa rahsia itu akan didedahkan nanti. Dan Swami tidak membuat aku untuk tunggu lama. Aku mendapat jawapan, bahawa aku meninggalkan sebahagian aku di sana untuk “membuka lipatan” muka serat Permainan Swami yang baru. Dan tidak ada informasi lagi yang diberikan pada waktu itu. Tetapi, di dalam hatiku, aku faham dengan jelas dan tepat bahawa peristiwa baru Zaman Baru bakal terjadi di tempat itu – di Muddenahalli. Aku menengok sari baru aku dan mengerti panduan Swami ini juga, aku faham alasan supaya aku membeli sari itu untuk hari itu. Sari baru –Permainan baru. Aku selalu mengikutserta Permainan Tuhan, jadi aku meneruskan melaksanakan Rancana Sai Baba yang baru.
Dan Rancanangan Tuhan Satu sahaja – MENGEMBALIKAN JIWA YANG “TERSESAT” DI ANTARA IMPIAN MAYA YANG MENAWAN KE ASAL USULNYA YANG BENAR.
Dan semua peraturan Dunia wujud hanya untuk mencapai matlamat itu satu-satunya sahaja. Dan walau bagaimanapun manusia dan orang merayau-rayau di pagar sesat Kehidupan, semua mereka tentu sahaja akan pulang ke Asalnya mereka. Dan yang bukan orang akan kembali ke bentuk permulaan mereka juga.
Tempoh untuk berada di Muddenahalli pada hari yang luar biasa itu hampir tamat. Seperti biasa semua tetamu hari itu dibelanjai makan malam sedap selepas nyanyian Bhajan dan perlahan-lahan tiap-tiap daripada mereka berangkat untuk menuju jalan mereka sendiri, penuh dengan kebahagian sepenuhnya yang tidak dapat terungkap dan Cinta Tuhan Swami. Semua orang penuh dengan rasa yang tidak boleh terkata, iaitu rasa Rahmat Allah yang tidak boleh digambarkan dengan gelaran terindah pun. Tidak ada seorang pun yang mahu berangkat, tidak ada seorang pun yang mahu bercakap. Hanya rasa keutuhan Tuhan di dalam hati meliputi dengan kehangatan dan kebahagian sepenuhnya. Keadaan ini tidak boleh difahami.
Walaupun badan kami meninggalkan Kediaman itu, kami faham bahawa ada sesuatu yang tertinggal di Sana...
Bila kami berjalan kembali, tidak ada keinginan untuk berbicara dengan siapa pun. Dan inilah keadaan biasa, yang aku kenal dari peristiwa yang pernah terjadi, bila Swami “menghidupkan” kita dan melibatkan kita di dalam sesuatu peristiwa yang penting, kita hanya berhenti hidup secara biasa sekejap. Dan kita menunggu peristiwa selanjutnya, peristiwa yang selalu penuh dengan keajaiban, istimewa dan terulung.
Tentu sahaja tidak lama lagi sudah diketahui bahawa suatu mahasiswa Swami mendapat maklumat bahawa Tenaga Swami mulai menambah di dalamnya. Aku mendengar khabar itu, tetapi aku faham apa yang dimainkan Swami di dalam Permainan-Nya Baru di sana. Dan sebahagian Atma aku yang tertinggal di Muddenahalli mulai mempengaruhi semua.
Seorang mahasiswa yang tadi membawa kami di seluruh Ashram dan mempertunjukkan semua tempat dan menceritakan tentang Swami, mulai mengumpulkan pengikut di sekitarnya dan mengatakan bahawa Swami memberinya panduan tentang langkah lanjut.
Aku berminat untuk berjumpa dengan budak lelaki itu dan bercakap bersamanya sambil menengok ke matanya. Tetapi perjalanan tidak jadi. Dan aku mendapat panduan baru dari Swami: “Jangan pergi, jangan terburu-buru; Permainan harus sampai akhirnya muktamad.”
Dan walaupun aku tahu langkah Swami yang lanjut, aku harus berdiam diri. Peristiwa itu mempertunjukkan sekali lagi bagaimana Swami menggunakan badan aku di dalam Permainan-Nya.
Madhu itu di bawah bimbingan Tuhan yang khas. Dengan cepat dia mengumpulkan semua orang yang merayau-rayau dan mencari “batin mereka sendiri”, yang selalu risau dan bergolak. Pada waktu sama Madhu mempersiapkan pentas untuk langkah Baba selanjutnya.
Malangnya aku tidak boleh untuk mendedahkan peringkat akhir “drama” ini. Aku boleh menjelaskan bahawa langkah itu adalah perbuatan Swami untuk menguji kekuatan kepercayaan pengikut-Nya. Dan “Drama” itu adalah peristiwa yang paling hebat pada masa kita di dalam Rancangan Tuhan.
Dan semua orang yang melompat ke dalam “perangkap” ini akan menyesal kerana mereka tidak boleh faham Rancangan Tuhan benar.
Dan Madhu, yang bukan milik sendiri menjadi pemangsa mudah kepada semua orang di sekelilingnya. Dia pun juga akan terkejut dengan muka surat Drama Permainan Baba yang masih tersembunyi daripada Madhu.
Dan sementara itu pengikut khayalan mempercayai bahawa mereka mengikut Baba khayalan. Swami “menapis” barisan penganut-nya palsu, yang berlari-lari ke berbagai-bagai arah selepas Swami meninggalkan Badan-Nya supaya mencari Guru baru (secara itu Dia memainkan ilusi lagi, seolah-olah Dia “wafat”). Itulah kekuatan “kesetiaan” khayalan mereka.
Muka surat sejarah Avatara zaman gemilang kita yang baru, sejarah Avatara Sri Sathya Sai Baba, menanti waktu dan perkembangan mereka selanjutnya. Dan acara itu bakal terjadi tidak lama lagi...
Dan kita boleh menikmati Permainan-Nya yang menghairankan dan memeranjatkan!!! Om Jai Sai Ram!!!